Wednesday 30 November 2011

LINUS

Literasi + Numerasi = LINUS

haaaa...disebabkan ini adalah blog untuk subjek Matematik, maka bolehlah kita buat operasi tambah seperti diatas ye...Tahu tak ape itu Program LINUS???Jika anda andalah guru Matematik ataupun Bahasa Melayu,sudah tentu anda akan mengangguk kan???Tapi pada mereka yang belum arif tentang program LINUS ini, bolehlah melihat info yang disediakan oleh saya ini...Walaupun ianya tidak seberapa,namun sekurang-kurangnya dapatlah kita berkongsi ilmu ye...Hadis juga ada mengatakan ilmu itu haruslah disebarkan walaupun sepotong ayat..Oleh itu,marilah kita bersama-sama menikmati hidangan nota yang disediakan ini...

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Ia bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010.


Program LINUS Numerasi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting