Saturday 3 December 2011

aktiviti PnP


Berikut adalah antara bahan maujud yang digunakan dalam PnP. Topik yang saya ajarkan pada hari tersebut ialah pendaraban (Pendaraban sebagai penambahan berulang). Setelah menggunakan bahan konkrit seperti ini, saya dapati murid kelas saya dapat memahami operasi darab dengan lebih baik. Jika sebelum ini mereka tidak dapat memahami konsep "ahli" dan "kumpulan" bagi mewakilkan operasi darab ini, namun setelah didedahkan dengan bahan konkrit ini, saya cukup berpuas hati dengan tahap kefahaman murid saya.Alhamdulillah.


3 bahan maujud yang digunakan.

Murid kelihatan begitu teruja bila saya menggunakan bahan
tersebut. Ternyata ianya mampu menarik perhatian murid.
Tidak kurangnya juga dengan murid lelaki yang khusyuk
memberi perhatian.

Zoom in...Kaedah mental method dan grouping
Kaedah mental method: saya menggunakan lapisan lutsinar yang mana
membolehkan nombor ditukar ganti.
Kaedah grouping: Bekas mewakili kumpulan. Manakala bagi ahli, saya menggunakan
kacang. Boleh juga jika menggunakan guli.



Bagi kaedah repeated addition, saya menggunakan kad sorang tarik,
yang mana kad manila yang berwarna biru itu boleh ditukar ganti.

Diakhir PnP, murid diberikan latihan untuk menguji 
kefahaman mereka.


Dalam pemilihan bahan maujud, pastikan bahan tersebut:-

  • Sesuai dengan topik pengajaran pada hari tersebut
  • Menarik
  • Tahan lama/ Boleh digunakan berulang kali
  • Mesra pengguna
  • Semua murid berpeluang menggunakannya

Apabila perkara tersebut dititikberatkan dalam penyediaan bahan bantu mengajar ini, maka saya percaya proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Ok..sekian sahaja untuk entri kali ini. Sekian,jumpa di lain hari...

Friday 2 December 2011

Banding Beza KBSR dan KSSR

Banding Beza KBSR Dan KSSR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting