Saturday 3 December 2011

aktiviti PnP


Berikut adalah antara bahan maujud yang digunakan dalam PnP. Topik yang saya ajarkan pada hari tersebut ialah pendaraban (Pendaraban sebagai penambahan berulang). Setelah menggunakan bahan konkrit seperti ini, saya dapati murid kelas saya dapat memahami operasi darab dengan lebih baik. Jika sebelum ini mereka tidak dapat memahami konsep "ahli" dan "kumpulan" bagi mewakilkan operasi darab ini, namun setelah didedahkan dengan bahan konkrit ini, saya cukup berpuas hati dengan tahap kefahaman murid saya.Alhamdulillah.


3 bahan maujud yang digunakan.

Murid kelihatan begitu teruja bila saya menggunakan bahan
tersebut. Ternyata ianya mampu menarik perhatian murid.
Tidak kurangnya juga dengan murid lelaki yang khusyuk
memberi perhatian.

Zoom in...Kaedah mental method dan grouping
Kaedah mental method: saya menggunakan lapisan lutsinar yang mana
membolehkan nombor ditukar ganti.
Kaedah grouping: Bekas mewakili kumpulan. Manakala bagi ahli, saya menggunakan
kacang. Boleh juga jika menggunakan guli.



Bagi kaedah repeated addition, saya menggunakan kad sorang tarik,
yang mana kad manila yang berwarna biru itu boleh ditukar ganti.

Diakhir PnP, murid diberikan latihan untuk menguji 
kefahaman mereka.


Dalam pemilihan bahan maujud, pastikan bahan tersebut:-

  • Sesuai dengan topik pengajaran pada hari tersebut
  • Menarik
  • Tahan lama/ Boleh digunakan berulang kali
  • Mesra pengguna
  • Semua murid berpeluang menggunakannya

Apabila perkara tersebut dititikberatkan dalam penyediaan bahan bantu mengajar ini, maka saya percaya proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Ok..sekian sahaja untuk entri kali ini. Sekian,jumpa di lain hari...

Friday 2 December 2011

Banding Beza KBSR dan KSSR

Banding Beza KBSR Dan KSSR

Kaedah,Strategi dan Teknik



Untuk mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif,sudah semestinya guru tersebut perlu menggunakan kaedah, teknik dan juga stategi yang berkesan. Dengan kata lain, guru seharusnya memahami keperluan murid dan memilih pendekatan yang bersesuaian. Ini kerana, di dalam kelas, perbezaan murid dari segi tahap pemikiran, latar belakang, serta pengalaman sedia ada seharusnya dipertimbangkan. Menyedari akan keperluan kaedah, strategi dan teknik yang bersesuaian ini, saya ada menyediakan bahan untuk dikongsi bersama anda semua. Diharapkan nota ini sedikit sebanyak memberi info kepada kita. InsyaAllah..


kaedah pengajaran

RPH pecahan

Daily Plan Fraction

Thursday 1 December 2011

Sifir 8

Anak murid anda bermasalah dalam menghafal sifir? Pastinya mereka akan sentiasa melakukan kesilapan dalam membuat penyelesaian bagi operasi pendaraban sekiranya mereka tidak dapat menguasai sifir kan. Di sini saya ada menyediakan satu video yang mana boleh membantu murid untuk menguasai sifir 8. Kaedah ini sangat mudah untuk digunakan dan difahami. Di harapkan, murid yang kurang mahir dalam mengaplikasikan operasi darab ini dapat menguasainya.



Nombor Bulat

Lagu jOm meNgira







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting